SILA KLIK YA:)

Thursday 20 October 2016

Kisah blog syok sendiri

Assalamualaikum

Mihmihmih.
Blog kisahaisya.blogspot ni adalah salah satu blog syok sendiri.
Tapi saya takesahhh.
Sebab i know what i'm doing. Wow. Confident.

Aku sangat suka baca blog personal dan travel-travel.
Rasa macam ada di kehidupan lain dan travel macam berada di negara tu.
Kalau baca kak Diana Ishak pegi Bali, wow terus rasa macam dekat Bali jugak. Kalau baca Peej Burhan tengah makan nasik Kerabu, wow terus rasa macam tengah makan sepinggan duduk sebelah dia.

Kemain overr imaginasi.
Kalau tengok blog Filla Kasih tengah upload pasal Kasih anak dia, terus rasa nak beranak perempuan jugak sebab aaaa kenapa sweet sangat.
Sama gak ngan kak Elly Wonderland tu. Wuwuww.

Bestlaa ada anak perempuan. Boleh gosip dan gurau ikut stail perempuan. Wahaha.
Style perempuan gurau camana agaknya tu?  😂 tapi takpela.
Nanti adalah tu Allah bagi.

Aku ni suka menulis pasal feelings.
Dulu-dulu suka tulis dalam buku.
Kalau kena marah atau rotan oleh bapak, tapi memang selalu kena rotanlaa sebab kepala batu kan, aku luahkan laa dalam buku konon benci semuanya orang dalam rumah and besar nanti nak lari dari rumah.
Hahaha.

Akhirnya aku dapat jugakla tinggalkan rumah beberapa kali masa remaja sebab nak tenangkan emosi.
Kalau dibiarkan emosi itu berpanjangan takut berdendam dan berbuat hal tak patut contohnya menikam orang yang membuat diri ini emosi.
Seram tak?
Hahaah.
Kata psiko kan.
Lagipun masa remaja tu kita memang sedia emosional.
Tiba-tiba fizikal semua berubah dan period apa semua.

Selalunya aku tulis kata kesat jugak. Macam shitt shit die die tu semua. Lepastu tulis lagi nak lari dari rumah. Hahaa.
Suka sangat nak lari nih.
Sebab aku malas nak layankan keserabutan.
Aku suka bahagia-bahagia dan ketawa-ketawa.
Sebab tu selalu nak lari je.

Tapi tu la, bukan semua orang suka macam tu.
Macam bapak aku benci dengar orang ketawa macam mengilai tu sebab ada hadis melaknat orang yang ketawa macam kuda mengekek ngekek.

Ada jugak hadis cakap pasal kalaulah kita tahu camana kematian kita akan banyak menangis dan sedikit tertawa.
Lebih kurang macam tu laa.

But, how do you know when i'm crying.
Gitu.
Yelah, bukan 24hours parents dengan kita kan.
So, kalau borak tu aku rasa okeylah ketawa-ketawa bersama sebab menangis kita tak bersama.
Bapak tu tak suka sampai pernah je ludah aku sebab aku ketawa kuat 😩
Ngeri tak.
Dulu-dulu kita tak faham perangai parents masing-masing.
Ni dah tua dah fahamlah sikit.
So, boleh tolak ansur.

Ganas jugak cara tumbesaran aku ni.
Maybe sebab atas aku dua abang dan tiba-tiba aku perempuan.
So agak kacau bilau camana nak besarkan seketul perempuan.
Banyaklah problem sebab aku jugak degil.
Contohnya apahal aku kena menyapu rumah ni.
Bukan aku yang sepahkan.
Kau lapar, kaulah pegi masak.
Kau nak teh kan? Kau la g bancuh.
Apahal aku jugak yang kau tunggu nak bancuhkan?
Wah. Sadisss pemikiran aku kan. Hahaha
Padahal bapak aku ni prinsipnya sangatlah konservatif.
Everything pasal dapur dan rumah adalah tugas perempuan.
Lelakinya tinggal makan sedia terhidang.
Kalau ada nak tukang paku sikit, diorgla yang buat.
Hello.
Tukang-tukang sikit, tukar mentol sebijik dua pun aku reti.
Takda pun orang bancuhkan air, prepare makan minum semua.
Hahaha.

Tu la ketidakpuasan hatiku.
Tu je pun aku selalu luah dalam buku.
Kebencian yang terpendam.
Wow. Drama sangatlah.
Sekarang dah ada blog bestlah sebab bolehlah luah dekat sini.
Tak penat tulis.
Dan tak semua orang boleh tau.
Sebab takda orang nak baca blog macam ni.
Hahaha. I likeee.

Blog ni juga aku baca semua post dulu-dulu. Lepas tu ketawa sorang.
Terhibur dengan diri sendiri.
Hahaharam jadahla.
Biasalah, obses pada diri sendiri.

Tu je ✋