SILA KLIK YA:)

Wednesday 5 October 2016

Kisah seorang guru perempuan

Assalamualaikum

Amboi tajuk. Seakan diriku ini guru kerajaan yang dapat elaun banyak dan gaji tinggi serta banyak bonus je kan. Padahal guru KAFA je pun. Elaun cukup beli sarung bantal baru je tiap bulan. Hahaha. Sori for my slang yang kadangkala Tawau kadangkala KL. Maklumlah, kita kan satu Malaysia. Matikla. Hahaha

So. Tadi masa mengajar pagi tu aku ajar tahap satu subjek Sirah. Dan tahap dua tajwid. Basic2 je pun. Janganlah disalah fahami diri ini. Semua murid panggil aku cikgu yeee, bukan ustazah. Aku pun tak tau sebab apa aku suruh diorang panggil macam tu. Maybe sebab aku nak merendah diri. Hahaha. Sebab kalau ustazah macam banyak sangat ni ilmu agama. Tapi kalau panggil cikgu macam banyak ilmu bahasa Melayu atau Sains. Hahaha. Bodo ya amat anggapanmu.

Lepas rehat aku teruskan subjek yang patut. Aku ni jarang jalan-jalan dalam kelas. Maklumlah, gendut. Kecuali murid macam hilang kawalan dan nakal bising mintak siku, barulah aku jalan bagi siku macam yang diorang nak.

Tadi aku jalan pegi tengah kelas tahap satu. Herm. Tiba2 terhidu macam bau najis. Tapi aku diamkan je. Aku anggap mungkin tu bau dari luar. Lepas tu datang pulak Asri lawat-lawat aku mengajar. Dia pun tegur jugak bau tu. Hahaha. Kemain seram semua tak tau tu bau dari mana. Asri sampai pening tak tahan dan balik rumah.

Sampailah masa balik. Aku suruh balik siapa yang dah hantar dan semak. Tiba - tiba ada seorang budak perempuan ni dah start nangis dah. Aku ni malas nak layan budak cengeng. Sebab aku tak tau pujuk. Aku tanya dengan murid perempuan yang besar, diorang pun segan nak bagitau aku. Geramnya. Bagitau je lah. Lepas aku paksa baru diorang bagitau budak nangis tu berak.

Yang aku kagum, betapa baiknya budak-budak ni semua. Diorang tak nak malukan budak berak tu sampai semua dah balik baru terbongkar. Aku jugak kagum kepada diri sendiri sebab kenapakah aku tak sedar bau itu adalah bau tahik orang? Instinct kepada tahik orang amatlah rendah. Hahaha.

Kau rasa aku cuci tak? Sudah tentulah tidak. Hahahaa. Murid perempuan yang besar seramai tiga orang yang take over. Baiknya akhlak diorang. Kagum aku sekali lagi. Siap bagi-bagi tugas yee. Kau cuci skirt, kau cuci baju dan kau bukak seluar dia. Tugas aku bawak baju bersih dan sabun je. Hahaha. Aku tak suruh pun budak perempuan tu ye. Diorang memang volunteer. Kenapa baik sangat murid cikgu ni. Ni buat cikgu malu pada diri sendiri ni.

Nak jadi dramatik, budak berak tu tak nak pulak bukak seluar dia yang last tu. Padahal tu kena bukak jugak sebab dah hijau dah penuh najis. Dia nangis je. Kesiannya aku tengok. Aku suruh dia bukak seluar sambil cakap selembut yang aku boleh. Sebab takda siapa nak bukak. Akhirnya dia bukak jugak.

Lagi sadis dia tak nak cuci najis dia yang penuh sampai paha. Oh ya Allah. Maafkan aku. Aku memang tak dapat. Aku pulak rasa nak nangis sebab memang aku tak mampu nak bersihkan. Akhirnya dengan tunjuk ajar dari kami semua, dia berjaya bersihkan diri sendiri. Terpekik terlolong kami berempat ajar. Hahaha. Lepas tu murid perempuan yang superhero tiga orang tadi cuci seluar budak berak tu sambil pegang dengan kayu. Hahaha.

Pelik aku padahal budak berak ni ada kakak umur 9 tahun yee. Dan dia tak nak uruskan adik dia tu. Adik perempuan dia satu-satunya. Herm. Budak berak ni 7 tahun. Dia ada dua abang jugak sekolah sama, pun tak peduli adik diorang. Menyampah pulak aku. Bagi makan taik adik dia baru ada akal agaknya . Hahaha. Melampau.

Bukan senang jaga anak orang. Lagi mencabar sebab aku ni belum ada pengalaman memahami psikologi anak-anak. Kalau kucing kambing aku tau lah.

So, tu je laa hari ni. Doakanla aku tak diuji dengan cabaran budak berak lagi 😂