SILA KLIK YA:)

Friday 10 October 2014

Pantai Luak Miri

hai. Assalumu'alaikum  :-)

6hb hari tu pegi Miri sebab kena keluar cop permit. ni last da aku keluar negeri cop pasport perjalanan terhad. keluar Brunei kejap then masuk balik. boleh ja buat macamtu. alang-alang da jalan, marilah jalan secara bersungguh-sungguh. aku, asri pegi dengan Baharuddin sekeluarga. Baharuddin ni anak buah Asri. ha'ah. jangan pening lalat sebab memang dia ramai sangat anak buah. subur menyubur gitu.

kami gerak dalam pukul 11 pagi sampai pukul 3 petang. terus checkin Venice Inn, tidur kejap then aku, asri dan baha keluar brunei. kami x sampai brunei pun. keluar Imigresen Sarawak dulu, lepastu masuk Brunei pulak. uturn. masuk balik. no problem arh. so lepasni, kalau siapa mahu cop permit boleh buat macamni. masuk brunei cop pasport sekejap. jimat pon jimat. tapi sebelum tu, kita ada lalu tol yang caj RM10. kuar masuk, RM20 la kan. ha, tu ja la costnya.

malam jalan kejap di Bouliverd. betulka macamtu ejaan dia? tapi serius kejap ja kami jalan. penat. balik tido. esoknya checkout pukul 11 pagi. then jalan pegi Emart dan Bintang Mall. dalam pukul 5 petang gerak balik. singgah Pantai Luak. sebenarnya kami mahu singgah masa perjalanan pegi tapi ombak kuat sangat. masa petang tu pun kuat menderu deru. yaser dan putri main dekat tepi ja.

cantik Pantai Luak ni. ada gerai, tandas dan kawasan parking bersih. cuma tu ja la, kawasan pantai agak kotor sikit.

Putri with Nenek Aisya

Abang kuat makan ;-p


Singgah beli Mainan

Atai beli 6 bijik kereta. kaya okey. kaya!

Aliff dengan Nenek Aisya

Putri dan Yaser/Atai pungut kerang yang sudah mati


ndatau motifnya ni gambar

Abang sangat iksin. na, tu bha sampah yang aku cakap. banyak kan?


okeyla. Pantai Luak ni Aisya bagi 3 bintang! (mintapuji)
tu ja kita cerita. jumpa lagi :)