SILA KLIK YA:)

Sunday 5 October 2014

Aidil Adha di Bumi Kenyalang

hai. assalamualaikum :)

raya adha kali ni dikelilingi keluarga laki arh. kan x balik. akk ipar aku yang paling sporting raya dirumah. perangai agak sama daripada segi malas kuar and masak banyak banyak. lagipun manada family aku dekat sini. sapa makan makan banyak macam tu. kawan pon seketul dua. tu pun bukan kawan rapat arh. kawan depan lain belakang lain. aku pon camtu jugak. so, whatever.

sini. walaupun Bugis macam aku, tapi diorang punya kepercayaan tu lain sikit. aku rasa bukan sikit, lain banyak. diorang sembelih ayam lepas solat raya. sebab diorang anggap ayam tu adalah haiwan korban. x pernah aku dengar hal macamni. hanya di sini. even aku da bagitau ayam tu x dikira korban, diorang tetap teguh pendirian. yalah. lantaklah. aku da sampaikan benda yang patut aku sampaikan.

lepastu. semua makanan kena "baca" sebelum disantap masa raya. diorang letak dalam talam. macam ala set. dalam satu talam ada beberapa jenis makanan. ada beberapa talam jugaklah. haa. tukang "baca" akan baca apa tah. kalau belum baca kita x boleh makan makanan tu. tapi aku dengan asri pernah jaa ambik telur rebus. hahaa tujuannya talam-talam ni aku x tau. pernah jugak aku tanya, semua pun beliak beliakkan mata bagitau aku x payah tanya sebab diorang just ikut nenek moyang diorang. okey. whatever la kan.

yang penting kita dah sampaikan hal sebenar, selagi bukan termasuk dalam syirik okey la kan. aku harap sangat xda unsur syirik. kesian jugakla aku nengok kan. diorang x paham. dari muda sampai ke tua hal tu yang diorang percaya. susah mahu pahamkan kalau orang lama ni. kita tegur sikit dengan ilmu yang kita tahu ni cukuplah.

then. aku kan period. so aku pegi jugak surau/masjid. dengar khutbahla kononnya. selama aku hidup, x pernah lagi aku x pegi masjid time raya even period. dalilnya bole cek dekat google. ni pon orang kecoh arh. x pernah dibuat orang sini.

kau bayangkan la kau dalam situasi hanya kau yang tahu apa yang kau buat. sebenarnya kau betul tapi disebabkan kau sendirian jadi kau kelihatan salah dan bodoh. penat kadangkadang dengan semua ni. syukurlah tahun depan da balik Sabah.



pakai jubah pemberian emak dan shawl pemberian suami. love both. emmuah!



mintak maaf esok buat lagi. hehee


okey. sekian sahaja cerita raya haji aku. sini dapat daging korban dekat 2kg. bole buat Coto lepas balik dari Miri. nanti kita cerita kenapa kena pegi sana okey. love :-)