SILA KLIK YA:)

Tuesday 14 May 2013

Mak

kami 7 beradik panggil mak sebagai 'emak'. lurus sebutan. bukan mak, mum, mamak. emak.

contoh penggunaan.
'emak buat apa?'
'emak sudah makan?'
'emak sudah minum?'
'emak sehat?'

kalau kau sudah kahwin kelak ada masa-masanya kau akan jadi tersangat rindu dengan emak. macam aku. bohonglah kalau tidak. ni tengah dalam kelas depan student. tahan air mata. tahan. tahaaaaaaan. ciss. jatuh jugak setitik. *lap cepat

emak kami kuat ketawa dan kalau ketawa sangat kuat. sama macam aku. tapi emak x cepat marah. PENYABAR. sifat itu dihuruf besarkan kerana emak kami memang punya ciri kental itu. x sama macam aku -.-' 

emak x telus dengan kami tentang hal keperempuanan. misalnya pasal haid, mengandung dan lain-lain. masa emak mengandung adik bongsu aku dulu pun aku x tahu ok? padahal masa tu aku darjah 6. pasal haid pun mak x pernah cerita camana cara mengatasinya, apalagi aku yang senggugut teruk. makinlah teruk sebab emak x pernah pun tahu ada orang sakit macam tu kalau haid. hmpfh~

emak konservatif. x pernah ada unsur kelucahan keluar dari mulut emak. hehe. dan emak x melatah.

emak jugak x panjang sangat membebel. kalau ada kerja rumah yang aku atau adik beradik lain malas buat, emak akan bising. tapi x sampai 5 minit. pastu emak yang akan buat kerja tu. habis buat kerja tu emak akan buat muka seolah-olah bad mood. ahahahahaha. ingat balik lucu pulak. comelnya emak!

emak suka ambik gambar/selca~ sebab emak cakap kalau emak sudah x da, ada kenangan untuk cucu cicit kelak. sedih kan? tapi psiko. 

emak suka paksa diri dia buat kerja. kalau x larat sangat baru berhenti buat. menjahit, menjual, mengajar, menyuci, memasak. semua untuk keluarga kami :')

emak jugak cepat kesian ngan orang. dia marah. tapi kalau jumpa orang tu x jadi marah. kalau jumpa orang gaya macam gangster, mak cakap: orang macamtu belum tentu jahat. selalu hati orang macam tu lah yang baik. sambil aku angguk-anggukkan kepala tanda paham dan terima.

emak.
i love you. semoga cepat rezeki Allah bagi kepada keluarga aku. untuk dirasa-rasa oleh emak dan bapa. sempurna :')

itulah emak yang diceritakan oleh penulis.