SILA KLIK YA:)

Tuesday 28 May 2013

Dimensi

Assalamu'alaikum.

'ayang tau x? kita sekarang berada dalam dimensi yang lain dari dimensi lain'

begitu kata pemula suamiku semasa kami sedang berbaring sebelum melelap mata kelmarin malam.

'dimensi lain dimensi lain? apa tu bang?'

aku protes. tidak faham. 

'sekarang kita ada di dimensi dunia. jin pun ada dimensi dunianya yang lain. dan bla bla blaaaaa'

aku bingung. masih separa gila. tapi belum sampai gila mendengar hujah matrix suami. 

'maksud abang. nanti kalau kita mati, kita pergi dimensi lain? pastu syurga dimensi lain dan neraka dimensi lain?

dan. perbualan kami malam itu adalah berkisah tentang dimensi hidup.

yah. suamiku ini sangat suka menelaah benda-benda sufi tasawuf. dan. kepada akulah dia mencerminkan kefahamannya. kalau aku bijak menafsir tidak apa. apakan daya. kebijakan dalam penafsiranku adalah nol. hemph~ tapi sekurangnya aku ada usaha untuk memahaminya. sekalipun seminggu kemudian. tolol.

dimensi dunia memenatkan. tapi sebelum ke dimensi seterusnya, kita kena berteleku di sini. memerah segala kudrat yang kita punya. jasmani dan rohani. macam aku cakap. dimensi dunia memenatkan. namun, penat itulah yang bikin kita lagi saling menghargai. heh.

dimensi dunia inilah yang memuakkan kadangkala. jumpa manusia yang tidak tahu bertegur sapa, menjalin silaturrahim, bermuka sombong, tidak reti bersenyum: ketat.


aku penat melayan muka begitu. aku mahu hidup yang bahagia. yang penuh dengan caj positif. yang kita gembira bila bersama. ecewah~

bagaimana aku mahu memperbetulkan dimensi dunia aku ini? hemppppppppppppppppppppph.