SILA KLIK YA:)

Monday 14 May 2018

Pagi

Pagi begini-beginilah selalu orang-orang bertanya khabar.
Apalagi kalau pagi Isnin.
Yang sebelumnya adalah hari cuti.

Ada tak yang tanya khabar kau hari ni?
Aku takda.
Hahahahhahahahahhahahah.
Wasap aku takda sebarang dengung pagi ni.

Masa bujang lagi baik.
Cinta hati asyik bertanya.
Hai, dah makan.
Hai, semalam lena?
Hai, camana senggugut masih sakit?
Hai, sihat hari ni?
Hai, tengah buat apa.

Tengahari nanti dapat lagi mesej yang sama.
Malam pun mesej yang sama.
Tu tak kira lagi bergayut sampai dinihari.

Adakah sebab kita sudah mengenali pasangan terlalu dalam.
Hingga kita sudah tidak perlu bertanya lagi?
Adakah sebab kita sudah fahami pasangan (kononnya).
Hingga tidak perlu ada sebarang soalan?

Atau.
Adakah sebab subjek utk ditanya adalah aku?
Hahahahhahahahahhahahah.