SILA KLIK YA:)

Wednesday 10 April 2013

Kimchii dan GEMS

hai. pagi laju line, jadi apdet pagi-pagi.

ini kimchi. masih ada dalam esbok rumah aku. hari tu kami pergi pasaraya Farley Bintulu. aku tertengok benda ni. sekarang kan musim feeling-feeling Korea. aku keluarkan jurus manja-manja minta Asri beli. ngap RM15 untuk benda sekecil ini. dan semestinya aku x sabar balik rumah makan Kimchi. 

sampai rumah, laju-laju buka plastik. cari Kimchi. sambil feeling-feeling tengah musim salji di Korea aku ambil seketul. sekali kauu, Puih!!! x sedap langsung. rasa macam bluerrrkk. macam erghhh. lainnn. tekak peranakan bangsawan Bugis aku memang susah terima. kecewa dengan Kimchi, aku ambil timun cicah dengan sambal belacan. kick. dan sampai sekarang Kimchi masih ada dalam esbok aku. mahu?

ok. cerita GEMS pulak.
kelmarin kan aku telepon gems KL. pasal urusan placement aku. aku mahu buat di Saghawak ni jugak. bukan di Kota Kinabalu macam yang pihak gems bagi aku. selepas 2 hari aku cari encik faizal yang bertanggungjawab atas placement kami, akhirnya aku dengar jugak suara beliau kelmarin petang. tu pun lepas aku mengeluh kesah sikit-sikit di corong telepon. berbaloi jugak bil telepon aku, sebab akhirnya aku dapat placement di Miri.

tapi.
tetttaaaap ada failednya kalau si Aisya. kelmarin masa aku syorkan RTM Bintulu, diorang (encik faizal) cakap susaaaaaaaaah. pasal diorang kena terangkan lagi program yang diorang buat tu apa kepada pihak RTM atau mana-mana kompeni baru yang tidak terlisted dalam list diorang.

yang aku heran, apahal diorang suruh kami tulis kompeni mana yang kami mahu masa program part 1 hari tu? siap boleh email lagi list kompeni yang kami mahu. kononnya diorang akan urus. heran aku heran. kalau kau tahu benda tu memang x boleh, apahal kau buat. tu namanya buang masa. jangan mulut manislaaaa. basi! kan kedapatan. failed! tengok sapa susah? dan menyusahkan?

lepastu.
ada sesi tanya menanya.
mr f: sekarang di mana?
aku:  Bintulu
mr f: aih tapi sini ni Tawau
aku: tu alamat tetap. tengok alamat semasa saya di mana enciiiiiiiiik.
mr f: .......................

tapi lagi.
terima kasih besar-besar kepada pihak GEMS yang sangat prihatin terhadap permasalahan aku. akhirnya kelmarin jugak offer letter aku diorang sent. syabas!
dan.
sebenarnya yang paling hepi adalah Asri! senang. soket dia dekat. 2 jam boleh jumpa di Miri. cis!

bai.