SILA KLIK YA:)

Tuesday, 4 June 2013

Sup tulang

Kemarin dulu petang aku dengan Asri pergi rumah kak Suma. Bukan Sumo ok. Suma'. Menaiki motosikal honda berwarna keemasan milik kami.
Sampai di sana kami menyerahkan pesanan yang kak Suma arahkan. Sebuah cermin muka besar.
Selepas beramah mesra, kami meminta izin untuk pulang ke rumah. Dan siap berjanji untuk datang kembali pada keesokan petang hari untuk menikmati Sup Tulang.
Denga azam dan tekad, pada hari yang dijanjikan kami berdua sepakat untuk tidak makan tengahari. Sengaja mengosongkan perut untuk melahap Sup Tulang kak Suma.
Kami bergerak ke sana dalam pukul 4 petang. Sambil terbayang Sup Tulang semestinya.
Sesampai di sana, kelibat kak Suma tidak kelihatan. Hanya suaminya mengintip di balik tingkap kaca sambil berkata:
'kakakmu pergi rumah Manni. Ada kenduri doa selamat'
Kami berdua saling berpandangan sambil Asri memberi signal kepada aku.bahawa harapan sangat besar sup tulang itu tidak wujud.
:(
Selepas itu kami ke rumah kak Nanni. Yakni kakak Asri. Hanya selang dengan 3 buah rumah dari rumah kak Suma.
Kak Nanni tidak ada. Ruslie, anak kepada kak Nanni pun tidak ada. Yang menyambut kami adalah bapa Rusli, abang Osman. Menurutnya:
'kak Nanni pergi kenduri Manni. Pergilah di sana. Atau mahu makan kelaa muda Aisya?'
Sambil tersenyum dia menawarkan kelapa muda kepada kami. Kebetulan semasa berbual kami berada di belakang rumah beliau. Terdapat dua batang pokok kelapa, tiga pokok rambutan, dua pokok nangka dan jejeran pokok nanas di halaman belakg tersebut.
Abang Osman memang sangat mengetahui kecintaanku terhadap buah kelapa muda. Terutama yang isinya seperti 'hingus'. Arh. Nyaman~ jadi tidak hairan jika beliau menawarkan buah tropika itu sebaik sahaja melihat kelibatku di rumah tersebut.
Kami menolak pelawaan beliau dengan baik. Lagi pula kami melihat buah kelapa tersebut tidak banyak. Menurut abang Osman, Manager ladang mereka selalu datang ambil. Sampai 4 dan 5 biji sekali jolok. Kebetulan abang Osman memang pemurah.
'Diorang sedang kenduri atau baru mahu kenduri bang Osman?'
Tanyaku.
'Baru mahu. Pergilah sana bantu apa yang patut'
Zaaaaap. Laju kami minta diri.




































































BALIK RUMAH.
Sampai rumah. Aku buat sup tulang. Dan akhirnya kami lunch pada pukul 9 malam.
;)
Gambar sup tidak dilampirkan.