Kelmarin dulu aku ke Miri lagi. Meninggalkan Bintulu buat kesekian kali. Nasib anak perantau mencari sesuap pengalaman di bumi orang. Padahal masih dalam Malaysia
-,-'
Tidak ada yang menarik di sepanjang perjalanan. Berkabus. Dari kelmarin malam hujan turun. Sejuk meresap sampai ke tulang sum-sum. Panorama menghijau membentang luas. Kelapa sawit bergugusan di sana sini. Adakala kelihatan padang rumput yang landai. Jemu tapi aku syukur.
Aku hanya tidur sepanjang perjalanan. Risau menyelubungi tatkala aku lihat hujan semakin lebat.
Tambang teksi dari stesen bas Pujut ke PPKS 25 ringgit. Jika malam sudah larut, mereka akan naikkan sebanyak 5 ringgit. Kereta persendirian juga banyak menunggu penumpang. Harga tambang tetap sama.
Aku mengirim pesanan kepada Ted. Rakan sepraktikalku di PPKS. Ted pelajar tahun akhir di UTHM. Kalau aku tidak silap. Anak perempuan tunggal. Punya orang tua yang sangat baik kepadaku. Ted juga apatah lagi. Walaupun Ted suka protes, dia baik hati dan suka menolong orang.
Untung Ted mahu mengambil aku. Memandangkan PPKS jauh dari rumah Ted, dia mempelawa aku bermalam di rumahnya. Esok terus pergi ofis bersama katanya.
Aku iyakan pelawaan Ted. Orang berbudi, aku berbahasa.
Esoknya kami bersama ke ofis. Aku memang tidak bersedia bermalam di luar. Jadi, tidak ada baju spare. Terpaksalah aku pakai balik baju kelmarin.
;)
Hari itu juga masuk seorang staff baru, Aliff Idzwan Abdullah. Marketing Exec. Student Diploma Masscomm UiTM Melaka.
Tolong doakan aku dapat kerja di RnD Sime Darby Rajawali.
Jenuh rasanya berpisah lagi dengan Asri.
;)