Lama sekali pergi
Datang lagi ni
Dulu² masa bujang mencari cinta, di sini terapi.
Oh, rupanya sudah jumpa cinta (kononnya) di sini juga rasanya yg tak sepi.
Di sini je boleh lepak sendiri².
Layan² blues hati.
Selalu aku cakap macam rindu sesuatu.
Tapi tak tau pabenda.
Aku rasa aku rindu ketawaku yang paling ikhlas.
Rindu senyuman manis yang ikhlas.
Rindu orang-orang yang ikhlas berkawan dengan aku.
Rindu orang-orang yang ikhlas melayan karenahku.
Zaman belajar dulu-dulu, semua ikhlas pada tempatnya.
Ketawa terbahak-bahak oh seronoknya.
Senyum simpul bila usik mengusik sesama sendiri cerita-cerita pasal kahwin.
Semuanya sudah pergi.
Perasaan seronok-seronok semuanya hilang.
Rupanya perasaan itulah yang selama ini aku cari.
Selepas kau jumpa cinta & kerjaya lain ceritanya.
Jauh beza rupanya dengan yang kita impikan.
Kahkahkahkahkah.
Belum tentu lagi peratus cinta pertama kali tu sama dengan hari² seterusnya.
Belum tentu lagi kawan² kerja suka kepada kita.
Yang paling tentu ketawa-ketawa kita sudah tidak sama nada dengan masa bujang.
Hahahahhahahahahhahahah.