pernahkah kau tahu
disetiap senyum indah pria ada sendunya
ha'ah
mungkin sendu silamnya
mungkin sendu lalunya
mungkin sendu pahitnya
mungkin sendu tawanya
yang dia rindu?
pernahkah juga kau tahu
disetiap tawa malu perempuan ada tangisnya
ha'ah
tangis mahu disayangi
tangis mahu dimanjai
tangis mahu dilindungi
tangis mahu dijiwai
dia yang mahu semua rasa.
maka
bicaralah pada jiwanya
bukan pada mulutnya
bicaralah pada hatinya
bukan pada tawanya
sebab.
mana kau tahu di tawanya itu ada tangisan?
argh
persetan pada hening
kosong dan sunyi
![]() |
testimoni manusia luka |